Skip to main content

Posts

Showing posts from 2022

TESTIMONI KELAS BAHASA ARAB SPM

TULAH DIA CKP RASA BEST SGT JOIN THIS CLASS Alhamdulillah, anda kenal Yusuf? Dua kali dia bagi review video untuk kelas Nahu Method. Apa yang berlaku kepada Yusuf setelah 1 bulan belajar bersama Nahu Method? Antara perubahan paling besar ialah.. Dulu, dia adalah pelajar yang tak aktif dalam kelas Bahasa Arab di sekolah. Sekarang, dia yang paling aktif sampai ustazah pelik "Awak study sampai lewat malam ke?" "Taklah, saya join Nahu Method la yang ustazah cakap tu" Sebab Nahu Method ni pun Yusuf kenal daripada ustazahnya. Dulu, dia mungkin tak konfiden untuk skor.. Tapi sekarang dia yakin insyaAllah markahnya boleh meningkat. Kalau anda adalah pelajar SPM dan ada impian untuk skor demi banggakan parents Jangan tunggu lagi, it's time untuk anda mulakan langkah Dan langkah yang tersusun untuk membuka mata anda dah ada dalam Nahu Method, insyaAllah. Semuanya dengan izin Allah. Klik Untuk Info Penuh

Persediaan Trial SPM Bahasa Arab

Tonton di sini Sesi BONUS khas kepada semua batch pelajar Nahu Method semalam, Bagi mempersiapkan diri menghadapi exam trial. ... 2 HARI LAGI Daftar Seminar Kuasai Basic I'rab, 100% PERCUMA : Klik untuk daftar #NahuMethod #BahasaArabSPM #MisiSkorABahasaArab

BREAKFAST PAGI INI

BREAKFAST PAGI INI InsyaAllah kita akan belajar 5 perkataaan Bahasa Arab baru. Jumpa anda di Live Tiktok pada pukul 9.00am https://linktr.ee/nahumethod

TESTIMONI PELAJAR

MALAMNI DPT ILMU BARU TENTANG KARANGAN BA Dalam kelas Bahasa Arab SPM Nahu Method, anda bukan sekadar didedahkan tentang I'RAB. Tapi semua 4 aspek ini bakal didedahkan: 1. Nahu 2. Sorof 3. Soalan petikan 4. Karangan Sebenarnya, dalam exam Arab SPM, 4 aspek ini sahaja yang ada.. Jadi dalam Nahu Method, anda akan belajar semua 4 aspek ni dari ASAS FROM ZERO! Jadi kalau anda rasa Arab susah dan nak dibantu untuk MULA FAHAM dan meningkatkan markah.. Jom beri peluang untuk kami bantu anda Seperti kami telah bantu ramai pelajar kami, alhamdulillah. InsyaAllah Daftar di sini

Breakfast 5 Perkataan Bahasa Arab SPM

Dalam menguasai subjek Bahasa Arab, nak taknak kita memang kena tambah banyak perkataan Arab dalam otak kita. Setuju? Jom belajar 5 perkataan hari ini! Video Penerangan Dan jangan lupa untuk ajar pula kepada orang lain! Baru mantap 🔥 Daftar Seminar Kuasai Basic I'rab, 100% PERCUMA : https://linktr.ee/nahumethod #NahuMethod #BahasaArabSPM #MisiSkorABahasaArab

Apakah I'rab نعت ?‎

 Assalamualaikum dan selamat pagi! I'rab naat (نعت) mengikut manutnya (منعوت), Naat - sifat Manut - yang disifatkan Contoh : رَأَيْتُ عَارِفًا الوَسِيمَ Aku telah melihat Ariff yang hensem Maka, Hensem - نعت Ariff - منعوت عارفا : مفعول به منصوب بالفتحة الوسيم : نعت منصوب بالفتحة Tonton penerangan penuh di video ini  https://youtu.be/mjXZh5AqBZw Dah berjaya dapatkan hadiah ebook percuma daripada Nahu Method? Jika belum, klik link di bawah sekarang https://linktr.ee/nahumethod #NahuMethod #BahasaArabSPM #MisiSkorABahasaArab

Tips Tulis Karangan

Ramai minta tips tulis karangan.. Ok jom, Saya share apa yang saya buat masa SPM Pertama, saya nak share tentang apa yang saya fikir masa tu: 1. Saya sedar bahawa saya ada banyak idea untuk buat point. 2. Saya sedar juga yang saya memang ada banyak point, tapi saya tak tahu apa point tu dalam Bahasa Arab. Faham? Jadi apa yang saya buat ialah.. Saya hafal 6 karangan berserta faham maksud. Bila saya hafal 6 karangan.. Secara automatik saya akan ada 30 point dalam kepala (dalam Bahasa Arab) So bila masuk exam. Soalannya satu je.. Saya hentam satu soalan tu dengan 30 idea dalam otak ni. (Tengoklah idea mana yang sesuai) Lepastu kita goreng lah, maka jadilah  الإنشاء المقلي

Apakah Isim Mausul (اسم موصول)

Isim mausul Isim mausul ialah isim yang memberi maksud 'yang' Kalau saya kata 'yang' sahaja, anda faham tak apa yang saya nak cakap? "Yang apa?" Haa anda tak faham kan? Sebab tu lah isim mausul ni dia tidak boleh berdiri berseorangan.. Dia perlu kepada dua benda untuk melengkapinya iaitu : 1. صِلَة 2. عَائِد Apakah maksud dua perkara ini? Maksud صلة ialah sambungan isim mausul. Maksud عائد ialah isim mausul itu merujuk kepada siapa? Jom tengok contoh di bawah.. جَاءَ الرَّجُلُ الَّذِي يَعْمَلُ فِيْ المَعْهَدِ Maksudnya : Telah datang seorang lelaki yang bekerja di maahad itu. Jom kita kategorikan satu per satu 1. اسم موصول Apa isim mausul dia? "الَّذِيْ" Good job, kemudian bagitahu saya apa sambungan kepada isim mausul tu? "يَعْمَلُ" Pandai.. maka يعمل ialah صلة kerana ia adalah sambungan kepada isim mausul. Bayangkan kalau صلة ini tiada.. maka tak lengkaplah ayat ni kan? Itulah fungsi صلة, menyempurnakan ayat. Kemudian, kita cari عائد dia ...

Ini Step Saya Belajar SPM dan STAM

Ini step saya belajar masa SPM dan STAM 1. Sebelum belajar sesuatu topik di sekolah, saya akan baca dulu sendiri di rumah pada malam sebelum kelas. 2. Masuk kelas, beri perhatian penuh kepada guru. Mata tak lepas dari pandang guru, telinga tak leka dari dengar suara guru. Jari tidak berhenti daripada menulis apa yang guru sampaikan (sebab bukan semua benda yang guru sebut tu ada dalam buku untuk kita semak balik) 4. Balik rumah, study balik apa yang dah belajar tadi dan cuba fahamkan. Mustahil semua faham, biasanya ada point-point yang saya tak faham.. jadi saya tanda untuk rujuk dengan guru keesokan harinya. 5. Bukan semua point saya tak faham, jadi point yang saya dah faham saya terus hafal. 6. Selesai hafal, saya buat latihan supaya makin faham dan ingat. (Bukan semua benda kita kena hafal secara serius. Ada benda yang kita rasa berat nak hafal, so kita banyakkan buat latihan tentang topik tu supaya kita auto hafal) 7. Keesokan harinya, jumpa guru di bilik guru untuk rujuk point yan...

Cara Kembangkan Ayat (Guna Isim Mausul)

Binaan Ayat Bahasa Arab Nahu Method, Day 1 (Berdasarkan bacaan kitab Binaan Ayat Bahasa Arab Ustaz Ashafizrol) Ayat dalam Bahasa Arab ialah الجُمْلَةُ Terdapat dua jenis الجملة dalam Bahasa Arab iaitu: ١. الجُمْلَةُ الاسْمِيَّةُ ٢. الجُمْلَةُ الفِعْلِيَّةُ Jumlah ismiyyah ialah ayat yang dimulakan dengan اسم (kata nama) Contohnya:  زَيْدٌ أَخُوْكَ Zaid adalah saudara kamu Jumlah fi'liyyah pula ialah ayat yang dimulakan فعل (kata kerja) Contohnya: ضَرَبَ زَيْدٌ مُحَمَّدًا Zaid telah pukul Muhammad Okay Bila kita nak buat ayat, memang tak lari daripada asas ni. Mesti akan ada subjek + prediket ( جملة اسمية) Atau ada kata kerja + pelaku  (جملة فعلية) Cuma, bila kita nak bagi ayat tu panjang.. Kita tambah la something Contohnya kita tambah kata hubung (اسم موصول) Asal ayat : أَمْسَكْتُ بِالْوَرَقَةِ "Aku memegang kertas itu" Tambah اسم موصول : أَمْسَكْتُ بِالْوَرَقَةِ الَّتِي كُتِبَ عَلَيْهَا رَقَقُ هَاتِفِ ذَلِكَ الرَّجُلِ. "Aku memegang kertas yang di atasnya tertulis ...

"Apa Tips Cepat Hafal?"

 Bila orang tanya "Apa tips cepat hafal?" Maka ada berpuluh teknik cepat hafal mengikut pengalaman si pemberi tips dalam menghafal. Haa, sekarang ni saya pula nak share apa cara untuk bagi cepat hafal yang saya apply Masa di pusat tahfiz. Ada dua fakta yang anda kena tahu sebelum saya cerita tipsnya.. 1. Tahfiz saya jenis tak amalkan makanan yang membantu cepatkan otak dan tahfiz saya juga tidak melarang pelajar makan makananan yang dikatakan otak jadi slow menghafal Contohnya kepala ikan. Tahfiz lain, larang makan. Tahfiz yang saya masuk ni. "Korang tak makan ke kepala ikan? Sedap ni" - mudir tahfiz 2. Sepanjang saya hafal al-quran, tak pernah sekali pun saya terfikir tentang tips cepaf hafal. Kerja saya hafal je. So apakah tips cepat hafal dari saya? "Practice makes perfect' Bila kita training, kita akan jadi lebih mantap. Letakkan masa 30 minit sehari untuk menghafal. Mungkin first day anda hanya boleh hafal 5 ayat dalam masa 30 min. Tapi percayalah, ins...

Naib Fael tu apa?

 Naib fael ialah pengganti Fael.. "Eh, kenapa kena ganti?" Sebab tiada fael dalam ayat tu. "Eh, kenapa tiada fael dlm ayat tu?" Sebab tak tahu siapa faelnya "Macam mana tu?" Contohnya, kalau kita kata 'surat ini ditulis' Apa fael dalam ayat ni? "Tak dinyatakan" Haa, skrg ni dalam ayat ni ada feel 'ditulis' dan mafulun bih 'surat' Tapi, bila fael tidak ada dalam ayat ni. Tempat fael dah kosong "Haa kosong macam mana tu?" Macam ni.. 1. Ayat yang ada fa'el كتب عارف الرسالة 2. Ayat yang tiada fa'el كتب _ الرسالة Haa skrg tempat fael kosong kan? Kat sini la mafulun bih tuu.. kena pergi ke tempat fa'il Jadi  كَتَبَ الرِّسَالَةُ "Kenapa الرسالة jadi dhommah? Bukan dia mafulun bih ke?" Tadi memang la mafulun bih, sekarang dia dah jadi naib fael Hukum naib fael ialah marfu', sebab tu jadi dhommah. Itulah naib fa'el Kemudian, كَتَبَ tu pun kena ubah Sebab maksud كَتَبَ ialah 'tulis' (k...