Ini step saya belajar masa SPM dan STAM
1. Sebelum belajar sesuatu topik di sekolah, saya akan baca dulu sendiri di rumah pada malam sebelum kelas.
2. Masuk kelas, beri perhatian penuh kepada guru. Mata tak lepas dari pandang guru, telinga tak leka dari dengar suara guru. Jari tidak berhenti daripada menulis apa yang guru sampaikan (sebab bukan semua benda yang guru sebut tu ada dalam buku untuk kita semak balik)
4. Balik rumah, study balik apa yang dah belajar tadi dan cuba fahamkan. Mustahil semua faham, biasanya ada point-point yang saya tak faham.. jadi saya tanda untuk rujuk dengan guru keesokan harinya.
5. Bukan semua point saya tak faham, jadi point yang saya dah faham saya terus hafal.
6. Selesai hafal, saya buat latihan supaya makin faham dan ingat.
(Bukan semua benda kita kena hafal secara serius. Ada benda yang kita rasa berat nak hafal, so kita banyakkan buat latihan tentang topik tu supaya kita auto hafal)
7. Keesokan harinya, jumpa guru di bilik guru untuk rujuk point yang saya tak faham semalam. (Ketika masa rehat atau ada waktu kosong)
8. Selepas saya dah faham, saya akan cari kawan-kawan yang belum faham topik tu.. mungkin saya akan round-round kelas A, B untuk cari siapa yang belum faham sebab saya nak ajar.
Sebenarnya saya nak ajar bukan untuk dia pandai, tapi untuk saya lebih faham dan ingat apa yang saya dah belajar tu.
Alang-alang dia pun dapat faham sedikit sebanyak.
..
Semua subjek saya buat macam ni.
..
Kecuali subjek Matematik 😠
Saya kan asalnya pelajar tahfiz, saya tak ambil PT3 pun.
Masuk kelas Math je saya BLUR.
Saya pun jumpa la cikgu secara personal di bilik guru..
Tapi still tak faham sebab tiada basic mat.
Exam tengah tahun dapat result C
Uish risau ummi
Alhamdulillah tindakan bijak ummi hantar saya ke kelas personal
Di kelas personal cikgu 'scan' saya
"Eh ini budak BASIC pun tarak tau ka"
Then beliau ajar saya BASIC dan bermain dengan soalan trial dari pelbagai negeri.
Exam trial SPM, saya skor A Math. Alhamdulillah Allah kasi.
Saya second top student Math di sekolah tu.
Sedangkan haritu kawan saya sampai taknak bincang dengan saya kalau ada tak tau jawapan soalan math
Katanya "ariff tak tahu"
So, in learning..
Sangat penting untuk kita mohon pada Allah, jaga keberkatan dengan ummi abah, guru-guru
Dan belajar dengan cara yang bijak.
Ni tips study group cara bijak
https://youtube.com/shorts/1MJErWxuOCQ?feature=share
Ni tips buat latihan cara bijak
https://youtu.be/PSn-mrD1_n8
Kenapa saya kata cara 'bijak'? Sebab ni cara saya..
Saya kan 'Ariff' 😆 #gurauuu