Binaan Ayat Bahasa Arab Nahu Method, Day 1
(Berdasarkan bacaan kitab Binaan Ayat Bahasa Arab Ustaz Ashafizrol)
Ayat dalam Bahasa Arab ialah الجُمْلَةُ
Terdapat dua jenis الجملة dalam Bahasa Arab iaitu:
١. الجُمْلَةُ الاسْمِيَّةُ
٢. الجُمْلَةُ الفِعْلِيَّةُ
Jumlah ismiyyah ialah ayat yang dimulakan dengan اسم (kata nama)
Contohnya:
زَيْدٌ أَخُوْكَ
Zaid adalah saudara kamu
Jumlah fi'liyyah pula ialah ayat yang dimulakan فعل (kata kerja)
Contohnya:
ضَرَبَ زَيْدٌ مُحَمَّدًا
Zaid telah pukul Muhammad
Okay
Bila kita nak buat ayat, memang tak lari daripada asas ni.
Mesti akan ada subjek + prediket ( جملة اسمية)
Atau ada kata kerja + pelaku
(جملة فعلية)
Cuma, bila kita nak bagi ayat tu panjang..
Kita tambah la something
Contohnya kita tambah kata hubung (اسم موصول)
Asal ayat :
أَمْسَكْتُ بِالْوَرَقَةِ
"Aku memegang kertas itu"
Tambah اسم موصول :
أَمْسَكْتُ بِالْوَرَقَةِ الَّتِي كُتِبَ عَلَيْهَا رَقَقُ هَاتِفِ ذَلِكَ الرَّجُلِ.
"Aku memegang kertas yang di atasnya tertulis nombor telefon lelaki itu"
Gituu. Kan dah panjang ayat tu.
InsyaAllah next time kita sambung lagi.