Skip to main content

Tips Tulis Karangan

Ramai minta tips tulis karangan..

Ok jom,

Saya share apa yang saya buat masa SPM

Pertama, saya nak share tentang apa yang saya fikir masa tu:

1. Saya sedar bahawa saya ada banyak idea untuk buat point.

2. Saya sedar juga yang saya memang ada banyak point, tapi saya tak tahu apa point tu dalam Bahasa Arab.

Faham?

Jadi apa yang saya buat ialah..

Saya hafal 6 karangan berserta faham maksud.

Bila saya hafal 6 karangan..

Secara automatik saya akan ada 30 point dalam kepala (dalam Bahasa Arab)

So bila masuk exam.

Soalannya satu je..

Saya hentam satu soalan tu dengan 30 idea dalam otak ni. (Tengoklah idea mana yang sesuai)

Lepastu kita goreng lah, maka jadilah 

الإنشاء المقلي

Popular posts from this blog

TESTIMONI KELAS BAHASA ARAB SPM

TULAH DIA CKP RASA BEST SGT JOIN THIS CLASS Alhamdulillah, anda kenal Yusuf? Dua kali dia bagi review video untuk kelas Nahu Method. Apa yang berlaku kepada Yusuf setelah 1 bulan belajar bersama Nahu Method? Antara perubahan paling besar ialah.. Dulu, dia adalah pelajar yang tak aktif dalam kelas Bahasa Arab di sekolah. Sekarang, dia yang paling aktif sampai ustazah pelik "Awak study sampai lewat malam ke?" "Taklah, saya join Nahu Method la yang ustazah cakap tu" Sebab Nahu Method ni pun Yusuf kenal daripada ustazahnya. Dulu, dia mungkin tak konfiden untuk skor.. Tapi sekarang dia yakin insyaAllah markahnya boleh meningkat. Kalau anda adalah pelajar SPM dan ada impian untuk skor demi banggakan parents Jangan tunggu lagi, it's time untuk anda mulakan langkah Dan langkah yang tersusun untuk membuka mata anda dah ada dalam Nahu Method, insyaAllah. Semuanya dengan izin Allah. Klik Untuk Info Penuh

Apakah Isim Mausul (اسم موصول)

Isim mausul Isim mausul ialah isim yang memberi maksud 'yang' Kalau saya kata 'yang' sahaja, anda faham tak apa yang saya nak cakap? "Yang apa?" Haa anda tak faham kan? Sebab tu lah isim mausul ni dia tidak boleh berdiri berseorangan.. Dia perlu kepada dua benda untuk melengkapinya iaitu : 1. صِلَة 2. عَائِد Apakah maksud dua perkara ini? Maksud صلة ialah sambungan isim mausul. Maksud عائد ialah isim mausul itu merujuk kepada siapa? Jom tengok contoh di bawah.. جَاءَ الرَّجُلُ الَّذِي يَعْمَلُ فِيْ المَعْهَدِ Maksudnya : Telah datang seorang lelaki yang bekerja di maahad itu. Jom kita kategorikan satu per satu 1. اسم موصول Apa isim mausul dia? "الَّذِيْ" Good job, kemudian bagitahu saya apa sambungan kepada isim mausul tu? "يَعْمَلُ" Pandai.. maka يعمل ialah صلة kerana ia adalah sambungan kepada isim mausul. Bayangkan kalau صلة ini tiada.. maka tak lengkaplah ayat ni kan? Itulah fungsi صلة, menyempurnakan ayat. Kemudian, kita cari عائد dia ...