Isim mausul Isim mausul ialah isim yang memberi maksud 'yang' Kalau saya kata 'yang' sahaja, anda faham tak apa yang saya nak cakap? "Yang apa?" Haa anda tak faham kan? Sebab tu lah isim mausul ni dia tidak boleh berdiri berseorangan.. Dia perlu kepada dua benda untuk melengkapinya iaitu : 1. صِلَة 2. عَائِد Apakah maksud dua perkara ini? Maksud صلة ialah sambungan isim mausul. Maksud عائد ialah isim mausul itu merujuk kepada siapa? Jom tengok contoh di bawah.. جَاءَ الرَّجُلُ الَّذِي يَعْمَلُ فِيْ المَعْهَدِ Maksudnya : Telah datang seorang lelaki yang bekerja di maahad itu. Jom kita kategorikan satu per satu 1. اسم موصول Apa isim mausul dia? "الَّذِيْ" Good job, kemudian bagitahu saya apa sambungan kepada isim mausul tu? "يَعْمَلُ" Pandai.. maka يعمل ialah صلة kerana ia adalah sambungan kepada isim mausul. Bayangkan kalau صلة ini tiada.. maka tak lengkaplah ayat ni kan? Itulah fungsi صلة, menyempurnakan ayat. Kemudian, kita cari عائد dia ...